Bahana kumpul bahan api dari nahas, 16 maut tangki meletup

Bahana kumpul bahan api dari nahas, 16 maut tangki meletup

Mangsa beramai-ramai cuba mengambil bahan api secara haram.

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh akibat lori tangki meletup di barat daya Haiti. (Gambar X)
MEXICO CITY:
Lori tangki meletup di barat daya Haiti mengorbankan sekurang-kurangnya 16 dan mencederakan 40 lain, menurut pihak berkuasa perlindungan awam serantau.

Laporan awal mendedahkan bahawa letupan berlaku ketika orang ramai cuba mengumpul bahan api secara haram daripada tangki itu selepas kemalangan di kawasan Calbassier, Nippes, lapor Xinhua.

Ramai yang cedera parah dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan, menurut pegawai.

Perdana Menteri Haiti Garry Conille, berkata di media sosial bahawa pasukan perlindungan awam dan kesihatan awam sedang membantu mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.