
ABIDJAN: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dan 46 lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah lori tangki minyak dan bas antara bandar di lebuh raya Katiola-Niakara, utara Cote d’Ivoire pada Jumaat malam, lapor Xinhua memetik sumber keselamatan.
Lori tangki minyak dan bas itu berlanggar 36km ke selatan bandar Niakara, mencetuskan kebakaran yang kemudiannya berjaya dikawal pasukan bomba.
Menurut sumber, pasukan penyelamat membawa mangsa cedera ke hospital berdekatan.
Menurut Pejabat Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, Cote d’Ivoire mencatatkan kira-kira 6,000 kemalangan jalan raya setiap tahun yang menyebabkan sekitar 600 kematian dan lebih 13,000 kecederaan.