
BISHKEK: Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat.
Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar Kyrgyz sebagai berkata, keputusan itu untuk mengukuhkan kestabilan serantau dan mengekalkan dialog.
Menurutnya, Kyrgyzstan kekal komited menyokong usaha masyarakat antarabangsa bagi memastikan persekitaran stabil dan aman di Afghanistan serta rantau itu secara keseluruhan.