17 terbunuh nahas jalan raya di India

17 terbunuh nahas jalan raya di India

Kejadian berlaku di daerah Hathras yang membabitkan sebuah van dan bas.

Bas melanggar sebuah van ketika cuba memotong di lebuh raya Agra-Aligarh, India. (Gambar X)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk kanak-kanak dan wanita maut manakala 16 lagi cedera dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh, India, pada Jumaat.

Kejadian berlaku di daerah Hathras yang membabitkan sebuah van dan bas.

“Bas melanggar sebuah van ketika cuba memotong di lebuh raya Agra-Aligarh,” kata pegawai kanan polis Nipun Agarwal yang dipetik oleh Agensi Berita PTI.

Mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari kawasan Sasni di Hathras ke bandar Khandauli di Agra selepas menghadiri majlis pengebumian.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan pampasan ex gratia sebanyak 200,000 rupee (RM10,320) kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dan 50,000 rupee kepada setiap mangsa yang cedera.

Kerajaan negeri Uttar Pradesh turut menawarkan pampasan serupa.

Sebanyak 461,312 kemalangan jalan raya direkodkan di India pada 2022, mengakibatkan 168,491 kematian dan 443,366 orang cedera, menurut data rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.