1 maut ribut badai tenggara Australia

1 maut ribut badai tenggara Australia

Mangsa dikatakan seorang wanita 63 tahun yang maut selepas pokok menghempap sebuah pondok.

Premier Victoria, Jacinta Allan memberi amaran gangguan bekalan elektrik di negeri itu mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk pulih. (Gambar EPA Images)
MELBOURNE:
Seorang wanita maut, sekolah ditutup dan berpuluh ribu penduduk terputus bekalan elektrik pada Isnin ketika ribut membadai Australia.

Polis berkata, seorang wanita 63 tahun maut selepas pokok menghempap sebuah pondok di bahagian tenggara negara itu.

Angin kencang lebih 110 km/j membadai wilayah itu, menyebabkan kira-kira 150,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Premier Victoria, Jacinta Allan memberi amaran gangguan bekalan elektrik mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk pulih dan ada beberapa kawasan keadaannya terlalu bahaya untuk melakukan pembaikan.

Orang ramai diberi amaran mengelakkan perjalanan tidak perlu dan ada sekolah terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa di New South Wales bimbang angin kencang akan meningkatkan bahaya kebakaran, dengan banyak kawasan dalam keadaan berjaga-jaga.

Inspektor Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales, Ben Shepherd memberi amaran kepada Sydney dan kawasan sekitarnya mungkin berdepan bahaya kebakaran paling teruk pada Isnin, tetapi keadaan akan reda sebelah petang.

Sebahagian kawasan di Tasmania ditenggelami air dan dibadai angin kencang – dengan tiupan memuncak pada kelajuan 150 km/j pada hujung minggu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.