IS mengaku lancar serangan pisau di Jerman

IS mengaku lancar serangan pisau di Jerman

Kumpulan itu berkata, serangan itu sebagai membalas dendam bagi umat Islam di Palestin.

Germany knife attack
Orang ramai meletakkan bunga dekat lokasi serangan pisau di Solingen, Jerman. (Gambar AP)
BERLIN:
IS mengaku bertanggungjawab atas serangan pisau di bandar Solingen, barat Jerman yang meragut tiga nyawa pada Jumaat.

IS dalam kenyataan di Telegram berkata, serangan itu dilakukan anggotanya sebagai membalas dendam buat umat Islam di Palestin dan mana-mana saja.

Ia tidak memberikan sebarang bukti dan tidak jelas sejauh mana hubungan penyerang itu dengan IS.

Tiga muat dan lapan cedera selepas seorang lelaki menikam orang ramai secara rambang di Fronhof, dataran di Solingen dengan kumpulan muzik membuat persembahan secara langsung sebagai sebahagian sebuah festival bagi meraikan ulang tahun ke-650 bandar itu.

Polis dilaporkan menahan seorang remaja 15 tahun dan menyiasat sama ada dia mempunyai kaitan dengan penyerang terbabit yang sedang diburu pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.