Elon Musk sedia berkhidmat dalam kerajaan AS

Elon Musk sedia berkhidmat dalam kerajaan AS

Calon Republikan Donald Trump sedia pertimbang Musk bagi jawatan Kabinet atau penasihat jika menang pilihan raya presiden.

Elon Musk sedia berkhidmat dalam kerajaan Amerika Syarikat jika ditawarkan. (Gambar AP)
MOSCOW:
Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk menyatakan kesediaannya berkhidmat dalam kerajaan jika ditawarkan peranan sedemikian, lapor Sputnik.

Pada Isnin, calon presiden Republikan, Donald Trump berkata beliau bersedia mempertimbangkan Musk untuk jawatan Kabinet atau sebagai penasihat sekiranya dipilih sebagai presiden AS dalam pilihan raya November.

“Saya sedia berkhidmat,” kata Musk di X.

Minggu lalu, Musk menemu bual Trump di platform Spaces di X. Pada bulan Julai, beliau memuat naik kenyataan di X yang menyokong Trump dalam pemilihan presiden.

Pilihan raya presiden AS dijadualkan berlangsung pada 5 Nov. Pada bulan Julai, Presiden AS Joe Biden yang kini memegang jawatan itu mengumumkan penarikan diri daripada menjadi calon pilihan raya 2024 demi kepentingan parti Demokrat dan negara.

Biden menyokong Kamala Harris sebagai calon Demokrat, yang telah diterima oleh naib presiden AS itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.