207 petugas UNRWA terkorban di Gaza

207 petugas UNRWA terkorban di Gaza

Mangsa terdiri kumpulan profesional yang pelbagai.

gaza_150724_ap
Serangan Israel sejak 7 Okt mengorbankan hampir 40,100 rakyat Palestin. (Gambar AP)
ISTANBUL:
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkata pada Isnin bahawa 207 anggota pasukannya terbunuh di Semenanjung Gaza sejak tercetusnya serangan Israel pada 7 Okt.

“Seramai 207 ahli pasukan UNRWA telah terbunuh di Gaza sejak serangan bermula – termasuk semasa menjalankan tugas,” lapor Agensi Anadolu (AA) menurut kenyataan agensi itu di X.

Agensi itu berkata mangsa terdiri kumpulan profesional yang pelbagai.
“Mereka adalah jurutera, guru, kakitangan perubatan. Mereka adalah pekerja kemanusiaan.”

Sebagai penghormatan kepada individu ini, UNRWA mengetengahkan pengorbanan mereka pada Hari Kemanusiaan Sedunia.

“Pada Hari Kemanusiaan Sedunia dan setiap hari, kami mengenang dan memberikan penghormatan kepada mereka semua,” katanya.

Serangan Israel sejak 7 Okt mengorbankan hampir 40,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 92,600 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.