
Agensi cuaca Jepun minggu lalu mengeluarkan amaran pertama mengenai peningkatan risiko gempa bumi kuat di sepanjang Nakai Trough.
Sistem yang dipacu AI ini menganalisis rakaman daripada kamera resolusi tinggi, dengan dua kamera dipasang di bangunan kerajaan metropolitan Tokyo dan satu di sebuah jambatan berhampiran Teluk Tokyo serta satu di bahagian barat kawasan metropolitan, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan dan pembangun sistem, Hitachi Ltd.
Sistem ini secara automatik mengenal pasti kebakaran dan runtuhan struktur, menyalurkan maklumat terbabit kepada agensi yang berkaitan seperti polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Diri Jepun untuk tindak balas yang lebih cepat.
Sistem ini beroperasi sepenuhnya sejak Mac.
Menjelang akhir tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2025, dua kamera tambahan akan diaktifkan di Tokyo Skytree, memperluas liputan kepada hampir semua 23 kawasan dan sebahagian kawasan barat ibu negara.
Ia juga mampu mengesan kawasan yang padat dengan struktur rumah kayu, membolehkan pihak berkuasa mengutamakan kawasan berisiko tinggi mengalami kerosakan teruk.