Yahya Sinwar ketua politik baharu Hamas

Yahya Sinwar ketua politik baharu Hamas

Beliau menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran.

Yahya Sinwar
Yahya Sinwar mengambil alih jawatan itu daripada Ismail Haniyeh yang dibunuh selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, pada 31 Julai. (Gambar AP)
BANDARAYA GAZA:
Kumpulan Palestin Hamas melantik Yahya Sinwar sebagai ketua politik baharu.

Sinwar menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai.

Hamas mengumumkan perkara itu dalam kenyataan di saluran Telegramnya, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Seorang pegawai kanan Hamas Sami Abu Zuhri, berkata: “Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.