9 terperangkap, hotel runtuh di Jerman

9 terperangkap, hotel runtuh di Jerman

Pihak berkuasa berkata kejadian berlaku di bandar Moselle, Krov membabitkan sebahagian bangunan sebuah hotel.

Pasukan penyelamat sidang giat mengeluarkan mangsa runtuhan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate yang terletak di bandar Moselle, Krov di Jerman semalam. (Gambar AP)
BERLIN:
Sembilan orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas sebahagian bangunan sebuah hotel di Rhineland-Palatinate, Jerman runtuh pada malam Selasa.

Operasi menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kejadian di bandar Moselle, Krov, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik kenyataan pihak polis.

“Beberapa orang berjaya menyelamatkan diri dan kini sedang menerima rawatan serta sokongan daripada perkhidmatan kecemasan,” kata polis.

Menurut penyiar awam SWR, pasukan bomba pada mulanya tidak dapat memasuki bangunan itu kerana bimbang berlaku kejadian runtuhan susulan.

Penduduk di bangunan-bangunan berdekatan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.