
Ismail meninggal dunia pada Rabu selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.
Hamas menuduh Israel dan Amerika Syarikat (AS) atas kematian Ismail dan berjanji akan membalas dendam.
“Berdasarkan data siasatan, operasi pengganas ini dilakukan menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira 7kg dan letupan yang kuat.
“Ia ditembak di luar kawasan rumah tamu,” kata Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam satu kenyataan, dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA.
IRGC juga mendakwa pembunuhan Ismail dirancang dan dilaksanakan oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat, sambil menambah bahawa kematian ketua biro politik Hamas itu akan dibalas dengan ‘hukuman yang berat’ dan pada ‘masa dan tempat yang sesuai’.