Kamala Harris terima pencalonan calon presiden Demokrat

Kamala Harris terima pencalonan calon presiden Demokrat

Naib presiden AS itu mendapat undi mencukupi sebelum Konvensyen Nasional Demokrat bermula 19 Ogos.

Vice President Kamala Harris
Naib Presiden AS Kamala Harris memperoleh lebih 2,350 daripada 4,700 undi bagi pencalonan presiden mewakili Demokrat. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh undian mencukupi perwakilan Demokrat bagi menjadi calon presiden parti itu, umum Pengerusi Jawatankuasa Nasional Demokrat Jaime Harrison.

“Saya dengan bangga mengesahkan bahawa Naib Presiden Harris memperoleh lebih daripada undian majoriti daripada semua perwakilan.

“Anda mengembalikan petisyen pencalonan dengan cepat. Anda menyuarakan pendapat anda dengan jelas. Kita tidak akan berpatah balik. Kita perlu menghantar Kamala Harris ke Rumah Putih.

“Anda menunjukkan dedikasi dan komitmen anda terhadap proses ini,” kata Harrison menerusi panggilan video, menurut beberapa media Amerika Syarikat.

Pengumuman ini dibuat sebelum Konvensyen Nasional Demokrat (DNC) yang akan diadakan di Chicago dari 19 hingga 22 Ogos, lapor Agensi Anadolu.

Harris memperoleh lebih 2,350 undian bagi pencalonan itu, kurang dua minggu selepas Biden menarik diri daripada pemilihan presiden 2024 dan menyokong Harris sebagai calon Demokrat.

Pengundian maya DNC untuk 4,700 perwakilan bermula pada 9 pagi waktu tempatan pada Khamis dan akan berakhir pada Isnin, 5 Ogos pada 6 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.