40 maut bot terbalik di Congo

40 maut bot terbalik di Congo

Bot itu dilapor membawa 50 penumpang dengan punca nahas tidak dapat dipastikan.

dead body
Sekurang-kurangnya 40 terbunuh selepas sebuah bot terbalik, dalam kejadian di Sungai Congo. (Gambar Pexels)
KINSHASA:
Sekurang-kurangnya 40 terbunuh apabila sebuah bot terbalik pada petang Ahad, di Sungai Congo berhampiran Kindu di ibu kota wilayah Maniema, Republik Demokratik Congo (DRC).

Xinhua yang memetik media tempatan pada Selasa, melaporkan kejadian melibatkan bot dengan nama ‘ABC-BONOBO’, membawa kira-kira 50 penumpang dan punca nahas masih tidak dapat dipastikan.

Pada Selasa, Gabenor wilayah Maniema Mussa Kabwankubi, mengumumkan wilayah itu berkabung selama tiga hari dan menyatakan tekadnya untuk menjelaskan tragedi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.