Serangan pisau: 2 budak maut, 9 cedera di UK

Serangan pisau: 2 budak maut, 9 cedera di UK

Seorang remaja lelaki 17 tahun ditangkap dengan motif serangan belum dikenal pasti.

Pihak berkuasa berkata, enam mangsa dilapor dalam keadaan kritikal susulan diserang remaja bersenjatakan pisau. (Gambar AP)
LONDON:
Dua kanak-kanak terkorban, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau di Southport, Merseyside, barat laut England, pada Isnin.

Ketua Konstabel Serena Kennedy, berkata enam mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.50 pagi (1050 GMT) di sebuah hartanah di Hart Street, kata Polis Merseyside dalam kenyataan.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang mengikuti kelas di ‘Taylor Swift Yoga and Dance Workshop’ sebelum ditikam.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan dan tidak dianggap berkaitan keganasan pada masa ini, menurut polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.