Jokowi namakan pejabat presiden di Nusantara Istana Garuda

Jokowi namakan pejabat presiden di Nusantara Istana Garuda

Sementara itu Istana Presiden yang berfungsi sebagai kediaman rasmi presiden Indonesia akan dikenali sebagai Istana Negara.

nusantara
Istana Garuda dan Istana Negara di Ibu Kota Nusantara, ibu negara baharu Indonesia yang menjadi pusat pentadbiran negara itu. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Presiden Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, menamakan bangunan Pejabat Presiden di Ibu Kota Nusantara (IKN) sebagai Istana Garuda, manakala Istana Presiden akan dikenali sebagai Istana Negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Pemangku Ketua Lembaga IKN Basuki Hadimuldjono selepas menghadiri mesyuarat dalaman dengan Jokowi di Istana Garuda IKN pada Isnin, lapor Agensi Berita Antara.

“(Jokowi) menyatakan, ini bukan lagi Pejabat Presiden tetapi dinamakan Istana Garuda. Yang di bawah, Istana Negara,” kata Basuki pada sidang media di lobi Istana Garuda.

Istana Negara IKN merupakan bangunan megah yang berfungsi sebagai kediaman rasmi presiden Indonesia, terletak di Kawasan Teras Kerajaan Pusat (KIPP) IKN, di daerah Penajam Paser Utara.

Istana Garuda yang berfungsi sebagai Pejabat Presiden pula terletak di belakang Istana Negara, di atas sebidang tanah lebih tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.