
Sekurang-kurangnya 532 orang ditahan atas keganasan, jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Faruk Hossain memberitahu AFP.
Antara yang ditahan termasuk beberapa pemimpin pembangkang BNP, katanya merujuk Parti Nasionalis Bangladesh.
Menurutnya, mereka terdiri daripada pemimpin ketiga paling kanan BNP, Amir Khosru Mahmud Chowdhury dan jurucakapnya, Ruhul Kabir Rizvi Ahmed.
Seorang bekas kapten bola sepak negara yang menjadi tokoh kanan BNP, Aminul Huq dan Mia Golam Parwar, setiausaha agung parti Islam terbesar di Bangladesh, Jamaat-e-Islami, turut ditahan.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya tiga anggota polis maut semasa pergolakan di Dhaka, manakala kira-kira 1,000 orang cedera, sekurang-kurangnya 60 daripada mereka kritikal.
Jurucakap BNP, AKM Wahiduzzaman memberitahu AFP beratus pemimpin dan aktivis BNP ditahan di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari lalu.