11 maut jambatan di China runtuh

11 maut jambatan di China runtuh

Lebih 30 mangsa hilang selepas sebuah jambatan lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Shaanxi, barat laut China.

China highway bridge collapse
Keadaan sebahagian struktur jambatan lebuh raya yang runtuh sekitar 8.40 malam Jumaat akibat hujan lebat dan banjir kilat. (Gambar AP)

XI’AN: Sebuah jambatan lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Shaanxi, barat laut China menyebabkan 11 orang maut dan lebih 30 lagi hilang, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.

Jambatan itu terletak di daerah Zhashui, bandar Shangluo. Sebahagian struktur jambatan itu runtuh sekitar 8.40 malam Jumaat akibat hujan lebat dan banjir kilat, menurut biro publisiti daerah.

Runtuhan itu menyebabkan beberapa kenderaan terjunam ke Sungai Jinqian di bawah jambatan berkenaan. Jumlah kenderaan terbabit sedang dikenal pasti, kata biro terbabit.

Operasi menyelamat giat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.