Biden arah siasatan bebas insiden tembak Trump

Biden arah siasatan bebas insiden tembak Trump

Presiden AS itu mahu semua langkah keselamatan Perkhidmatan Rahsia disemak semula.

Joe Biden (kanan) dan pesaingnya, Donald Trump, pada debat presiden dihoskan CNN, pada penghujung Jun lalu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru agar rakyat negara itu bersatu susulan cubaan membunuh terhadap Donald Trump dan menyatakan siasatan mengenai kejadian tembakan pada Sabtu itu sedang dijalankan, lapor United Press International (UPI).

“Malam tadi, saya bercakap dengan Donald Trump. Saya amat bersyukur kerana beliau berada dalam keadaan baik. Kami berbual ringkas tetapi baik,” kata Biden dalam ucapan dari Rumah Putih.

Sebagai bekas presiden dan calon Republikan untuk pemilihan 2024, Biden berkata Trump menerima tahap keselamatan yang tinggi daripada Perkhidmatan Rahsia dan itu akan diteruskan.

Menurut Biden, beliau telah mengarahkan Perkhidmatan Rahsia untuk menyemak semua langkah keselamatan bagi Konvensyen Nasional Republikan, dijadualkan pada Isnin, di Milwaukee.

Beliau turut menggesa siasatan bebas terhadap keselamatan di perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu, di mana Trump ditembak dan cedera semasa ucapannya dengan seorang peserta perhimpunan terbunuh dan dua lagi cedera.

Perkhidmatan Rahsia memuat naik video di media sosial menunjukkan Trump berjalan turun dari tangga pesawat kempen beliau tanpa bantuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.