Trump cedera terkena tembakan ketika berkempen

Trump cedera terkena tembakan ketika berkempen

Bekas Presiden Amerika Syarikat itu cedera di telinga ketika kempen di Pennsylvania pada Sabtu.

Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania pada Sabtu.

Agensi Anadolu melaporkan Trump dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.

“Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia,” katanya.

Satu kenyataan berkata Trump dalam keadaan baik, sedang diperiksa kecederaan di kemudahan perubatan dan Rumah Putih berkata Presiden Joe Biden menerima taklimat mengenai insiden tembakan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.