Gempa 6.6 landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah, Labuan

Gempa 6.6 landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah, Labuan

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah utara dan 123.3 darjah timur itu berlaku pada kedalaman 632km.

earthquake
Pusat gempa terletak kira-kira 154km tenggara dari Isabela City, Filipina. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR:
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa berpusat di koordinat 6.1 darjah utara dan 123.3 darjah timur itu berlaku pada kedalaman 632km.

Pusat gempa terletak kira-kira 154km tenggara dari Isabela City, Filipina.

“Gegaran turut dirasai di sekitar Sabah dan Labuan. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan bagi Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia di talian +60379678066 atau melayari http://www.met.gov.my untuk maklumat lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.