Naib presiden Venezuela dihempap pokok ketika taufan

Naib presiden Venezuela dihempap pokok ketika taufan

Delcy Rodríguez mengalami hentakan kuat di kepala dalam kejadian ketika beliau memantau kerja pembersihan kerosakan, namun terselamat.

Taufan Beryl
Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250km sejam, mengakibatkan dua orang maut di Venezuela.
BUENOS AIRES:
Naib Presiden Venezuela Delcy Rodríguez dihempap pokok tumbang akibat Taufan Beryl yang melanda negara itu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku semasa Rodriguez memantau kerja-kerja pembersihan kerosakan yang disebabkan oleh Beryl di negeri Sucre.

Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkat, tiupan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang dan satu daripadanya mengenai pemimpin itu.

“Beliau mengalami hentakan kuat tetapi masih sedar, ” kata Maduro dalam ucapan kepada penyokongnya pada Selasa.

“Beliau kuat. Beliau baru sahaja menulis kepada saya dan menyampaikan salam.”

Taufan Beryl melanda Caribbean dengan kelajuan angin melebihi 250km sejam, mengakibatkan dua orang maut di Venezuela.

Lebih 600 rumah juga rosak apabila Sungai Manzanares melimpah akibat bencana itu.

Kerajaan menghantar 3,600 anggota polis dan pekerja bantuan bersama 2,000 tan bekalan ke kawasan di utara negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.