Majlis Keselamatan PBB akan bincang bina semula Gaza

Majlis Keselamatan PBB akan bincang bina semula Gaza

Sesi khas dijadual berlangsung pada Selasa selepas terus dimusnahkan dalam serangan Israel.

Majlis Keselamatan PBB akan menerima taklimat daripada Penyelaras PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, Sigrid Kaag. (Gambar AP)
NEW YORK:
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual mengadakan sesi khas pada Selasa bagi membincangkan situasi kemanusiaan yang berterusan di Gaza, terutamanya memberi tumpuan usaha pembinaan semula di wilayah itu.

Ahli Majlis Keselamatan akan menerima taklimat daripada Sigrid Kaag, Penyelaras PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Wafa).

Taklimat itu adalah selaras dengan Resolusi 2720, yang diterima pakai pada 22 Dis 2023.

Baru-baru ini, Kaag mengadakan perbincangan di Washington dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengenai situasi di Gaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.