
Sementara itu, 86,377 lagi cedera dalam serangan terbabit, lapor Agensi Anadolu.
“Tentera Israel membunuh 60 orang dan mencederakan 140 yang lain menerusi empat operasi dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses kawasan itu,” menurut kementerian itu.
Israel dituduh melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dengan keputusan terbaharu memerintahkan Tel Aviv segera menghentikan operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah selepas lebih sejuta rakyat Palestin mencari tempat perlindungan sebelum ia diserang pada 6 Mei.