
MOSCOW: Dua terkorban dan 35 yang lain cedera apabila ribut ‘ganas’ melanda Moscow pada Jumaat, menurut perkhidmatan kecemasan Rusia.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata, enam kanak-kanak turut cedera dalam kejadian itu, lapor Sputnik.
Ribut dengan kekuatan angin seperti taufan dan hujan lebat itu menyebabkan 1,185 pokok tumbang di seluruh bandar.
Kejadian pokok tumbang menyebabkan satu kematian, mencederakan 12 yang lain dan merosakkan 643 kereta.
Seorang lagi maut akibat terjatuh apabila tiupan angin kencang menyebabkan perancah runtuh.