Potong kaki unta, tuan tanah berdepan hukuman penjara

Potong kaki unta, tuan tanah berdepan hukuman penjara

Tuan tanah itu memotong kaki kanan unta kerana meragut di ladangnya. Empat lagi lelaki dituduh sebagai rakan sejenayahnya.

Jurucakap polis Sangha berkata, pelaku yang dalam tahanan polis mengaku melakukan jenayah itu dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun. (Gambar fail)
ISLAMABAD:
Sekurang-kurangnya lima lelaki di selatan Pakistan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana terbabit dalam mencacatkan seekor unta, kata pegawai menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian itu berlaku di daerah Sanghar, wilayah Sindh pada Jumaat lalu, apabila seorang tuan tanah memotong kaki kanan unta kerana meragut di ladangnya. Empat lagi lelaki dituduh sebagai rakan sejenayahnya.

Tindakan kejam itu tular di media sosial sehingga menyebabkan kerajaan tempatan mengambil tindakan.

“Pelaku dalam tahanan polis mengaku melakukan jenayah itu dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun,” kata Muqarrab Khan, jurucakap polis Sanghar kepada dpa.

Unta berusia sekitar lapan bulan itu sedang dijaga pertubuhan kebajikan haiwan di ibu kota wilayah Karachi.

Junaid Nazir dari pusat perlindungan haiwan Perkhidmatan Respons Bencana Komprehensif berkata, sebuah syarikat di Pakistan ditugaskan untuk menghasilkan kaki palsu bagi unta itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.