5 maut kereta api bertembung di India

5 maut kereta api bertembung di India

Seramai 30 lagi cedera dalam kemalangan kereta api dekat Stesen New Jalpaiguri, Bengal Barat.

Media tempatan melaporkan sebuah kereta api kargo merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express sehingga tergelincir dari landasan. (Gambar X)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya lima maut, manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan kereta api dekat Stesen New Jalpaiguri, Bengal Barat, India pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, sebuah kereta api kargo merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express sehingga tergelincir dari landasan.

“Terkejut mendapat berita kemalangan kereta api tragis di kawasan Phansidewa, daerah Darjeeling,” kata Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.

Beliau berkata, pegawai tempatan, doktor, ambulans dan pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat serta memberikan bantuan perubatan.

“Mereka yang cedera dibawa ke hospital. Pegawai kanan tiba di lokasi,” kata Menteri Keretapi, Ashwini Vaishnaw dalam hantaran di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.