Musk tarik balik saman terhadap OpenAI

Musk tarik balik saman terhadap OpenAI

Pengasas OpenAI itu pada 2015 sebelum ini membuat tuntutan saman terhadap CEO Sam Altman dan mahu syarikat bayar balik keuntungan diterima.

Elon Musk menarik balik tuntutan saman terhadap OpenAI tanpa mendedahkan sebab tindakan diambil. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk mengemukakan permohonan menarik balik tuntutan samannya terhadap OpenAI, lapor Sputnik.

Pasukan undang-undang Musk telah memfailkan permohonan untuk membatalkan kes itu di Mahkamah Tinggi California pada Selasa, namun tidak mendedahkan sebab tindakan itu diambil.

Musk yang mengasaskan OpenAI pada 2015, pada mulanya memfailkan saman terhadap OpenAI dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Sam Altman pada Mac, sebagai tindak balas kepada rancangan firma teknologi itu untuk meneroka model perniagaan berasaskan keuntungan dengan menawarkan teknologi AI termaju kepada pelanggan persendirian.

Musk mahu Altman dan pengasas bersama Greg Brockman membayar balik sebarang keuntungan yang mereka terima daripada perniagaan itu, lapor media.

Bagaimanapun, OpenAI menerbitkan satu catatan blog termasuk beberapa e-mel Musk dari awal penubuhan OpenAI, kononnya menunjukkan Musk bersetuju bahawa akan ada keperluan untuk syarikat membuat keuntungan bagi membiayai sumber pengkomputeran yang diperlukan bagi meningkatkan teknologi AI.

Menurut laporan media, perbicaraan dijadualkan pada Rabu berkaitan dengan permohonan OpenAI untuk membatalkan kes itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.