Anak presiden AS, Hunter Biden didapati salah dalam bicara senjata api

Anak presiden AS, Hunter Biden didapati salah dalam bicara senjata api

Sebelum ini Presiden AS Joe Biden menyatakan tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabit bersalah.

Hunter Biden dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Pihak juri mendapati anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Hunter Biden, bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dalam perbicaraan senjata api persekutuan, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik beberapa laporan media pada Selasa.

Hunter Biden dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu. Dia berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Namun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter Biden tidak mempunyai rekod jenayah.

Sebelum ini, Presiden AS berkata bahawa beliau tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabitkan kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.