AS tak akan hantar tentera ke Ukraine, kata Rumah Putih

AS tak akan hantar tentera ke Ukraine, kata Rumah Putih

Penasihat keselamatan kebangsaan berkata perkara itu menjadi pendirian rasmi negaranya.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih Jake Sullivan, berkata AS tidak merancang untuk melatih rakyat Ukraine dalam konfliknya dengan Rusia. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar tentera, penasihat tentera, atau jurulatih ke Ukraine, kata Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih Jake Sullivan kepada wartawan, lapor Sputnik.

“Seperti yang telah kami katakan beberapa kali secara rasmi, kami tidak merancang untuk menghantar penasihat tentera, tentera atau jurulatih AS untuk melatih rakyat Ukraine…Bagi pihak kami, kami tidak merancang untuk misi latihan di Ukraine,” kata Sullivan di dalam pesawat Air Force One yang dalam perjalanan ke Perancis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.