
Menurut pentadbiran daerah Jammu, bas itu jatuh ke dalam gaung di kawasan Akhnoor Jammu. Penumpang itu berasal dari Hathras di Uttar Pradesh, utara India.
Pentadbiran itu menyatakan bahawa angka kematian adalah 22, manakala 57 lagi cedera.
Akhnoor terletak kira-kira 30km dari ibu kota musim sejuk Jammu dan lebih 270km dari ibu kota musim panas Srinagar.
Mangsa difahamkan sedang menuju ke sebuah kuil di daerah Raesi bagi aktiviti ziarah.
“Pentadbiran sedang menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada keluarga mangsa dan juga memberikan kemudahan perubatan kepada mereka yang cedera,” kata gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha di media sosial.