28 maut, bas jatuh gaung di Pakistan

28 maut, bas jatuh gaung di Pakistan

Polis berkata bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terjunam ke dalam gaung selepas tayarnya pecah ketika dipandu laju.

bas pakistan jatuh gaung
Bas yang membawa lebih 50 penumpang itu terjunam ke dalam gaung di Bismia di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan menyebabkan 28 orang terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak. (Gambar Facebook)
ISLAMABAD:
Sekurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata polis tempatan.

Polis tempatan memberitahu Xinhua bahawa sebuah bas yang membawa lebih 50 penumpang terjunam ke dalam gaung di kawasan Bismia di daerah itu, menyebabkan 28 orang terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pasukan polis dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan mayat mangsa serta mereka yang cedera ke hospital berhampiran.

Anggota perubatan bimbang angka kematian mungkin meningkat lagi, kerana beberapa mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Beberapa penumpang dengan kecederaan ringan melaporkan bahawa satu daripada tayar bas yang dipandu laju itu pecah semasa dalam perjalanan dari bandar Turbat ke ibu kota wilayah barat daya Quetta, tambah polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.