
MADRID: Sebuah bangunan restoran runtuh di pantai Palma de Mallorca pada Khamis menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh dan 25 lagi cedera di destinasi pelancongan terkenal Kepulauan Balearic, Sepanyol.
Sebuah restoran di tingkat bawah bangunan itu tenggelam ke tingkat bawah tanah, lapor Xinhua memetik laporan TV awam Sepanyol.
Menurut sumber dari pasukan keselamatan, runtuhan itu berlaku sekitar 8.30 malam waktu tempatan.
Lebih sedozen ambulans digerakkan ke lokasi kejadian.
Ramai pelancong dan penduduk tempatan berkumpul di sekitar restoran runtuh itu, walaupun pasukan keselamatan menutup jalan di tepi pantai untuk memudahkan operasi menyelamat.