14 maut dalam kebakaran premis sewa di Vietnam

14 maut dalam kebakaran premis sewa di Vietnam

Bangunan sewa itu mempunyai dua bilik di setiap tingkat dengan tingkat pertama digunakan untuk penjualan dan pembaikan basikal elektrik.

Pasukan bomba dan penyelamat membawa mangsa cedera menaiki ambulans. (Gambar AFP)
HANOI:
Kebakaran di sebuah premis sewa di ibu negara Vietnam, Hanoi mengorbankan 14 orang dan mencederakan tiga lagi pada tengah malam Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Bangunan yang meliputi kawasan seluas 100m persegi itu terletak di lorong sempit kira-kira 2m lebar dan 200m dari Jalan Trung Kinh, menyukarkan akses jentera bomba, lapor VnExpress.

Bangunan sewa itu mempunyai dua bilik di setiap tingkat dengan tingkat pertama digunakan untuk penjualan dan pembaikan basikal elektrik, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Litar pintas basikal elektrik pada mulanya disebut sebagai punca utama kebakaran pada 12.30 tengah malam.

Kes itu sedang disiasat.

Sebanyak 1,555 kebakaran dan letupan berlaku di Vietnam dalam empat bulan pertama tahun ini menyebabkan 28 kematian dan mencederakan 26 orang.

Kebakaran dan letupan itu menyebabkan kerugian harta sebanyak 89.8 bilion dong Vietnam (USD3.5 juta), menurut Pejabat Statistik Am negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.