
Serangan berlaku sekitar tengah hari di Guixi, wilayah Jiangxi, menurut laporan CCTV.
Dua maut selepas usaha menyelamatkan mereka gagal, manakala empat lagi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Enam mangsa lain mengalami “luka kecil”, menurut laporan itu.
CCTV tidak menyatakan usia mangsa terbabit.
Suspek berusia 45 tahun yang hanya dikenali sebagai Pan ditahan polis dan kes sedang disiasat, menurut CCTV.
Kes ganas besar-besaran jarang berlaku di China, tetapi kejadian tikam seperti ini telah beberapa kali dilaporkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bulan ini, dua maut dan 21 cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau melakukan serangan di sebuah hospital di wilayah Yunnan, barat daya China.
Sementara itu, juga di Yunnan pada Ogos lalu, dua maut dan tujuh cedera selepas seorang lelaki dipercayai sakit mental menyerang orang ramai menggunakan pisau.