
Raisi dilaporkan berada dalam penerbangan pulang dari satu majlis merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad.
Antara individu lain yang turut menaiki helikopter itu termasuk Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem.
Koresponden IRNA berkata, pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.
Cuaca berkabus dan laluan sukar menjadikan usaha mencari dan menyelamat lebih rumit.