
AMMAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) dengan memetik akhbar Israel, Yediot Aharonot pada Rabu.
Akhbar itu menyatakan bahawa Israel menjangkakan ICJ akan mengeluarkan arahan menghentikan serangan pada Khamis, sambil menambah bahawa ia tidak berhasrat mematuhinya.
Sebaliknya, Perbadanan Penyiaran Israel mengesahkan bahawa Israel akan menghantar pasukan undang-undang ke ICJ untuk memberi maklum balas terhadap permintaan menghentikan perang.