
Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenal pasti dalam kokpit.
Katanya, pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt bersama semua 320 penumpang dan 19 kru.
“Pesawat itu sedang diperiksa juruteknik dan punca bau itu belum dikenal pasti.”
Ini insiden keempat melibatkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.
Terdahulu, pihak berkuasa Turki pada Khamis memaklumkan 190 penumpang dipindahkan dari Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turki dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.
Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu cedera dalam insiden itu.