
Langkah itu menyusul sehari selepas hampir 300 pekerja syarikat penerbangan itu mengambil cuti sakit dan menutup telefon mereka.
Surat pemecatan yang dikeluarkan kepada pekerja menyatakan pengambilan cuti sakit beramai-ramai itu “jelas menunjukkan tindakan dirancang dan dibuat secara kolektif tanpa alasan munasabah”.
Pengurusan syarikat penerbangan itu juga memberi kata dua kepada pekerja supaya melaporkan diri bekerja menjelang petang Khamis atau bakal berdepan tindakan.
Sejak Selasa malam, lebih 100 penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan syarikat penerbangan itu. Laporan mengatakan 74 penerbangan dibatalkan hari ini.
Pembatalan penerbangan itu mencetuskan krisis kepada syarikat penerbangan tambang murah itu, yang juga anak syarikat Air India milik kumpulan Tata.