
Membawa bendera Palestin dan sepanduk berslogan pro-Palestin seperti “Palestine is standing up for humanity”, pelajar berhimpun di Institut Pendidikan Fizik di kampus pusat universiti berkenaan.
“Kami mahu menyeru masyarakat antarabangsa mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Rafah,” kata kumpulan pelajar itu dalam kenyataan sambil menambah protes dijangka berlangsung tiga hari dan mereka akan ponteng kelas.
Protes itu turut diadakan di Universiti Ghent dengan sekumpulan pelajar menuntut universiti itu memutuskan semua hubungan dengan institusi terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam genosid berterusan di Gaza.