Angka korban Palestin hampiri 34,700

Angka korban Palestin hampiri 34,700

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan 78,000 cedera dengan ramai lagi terperangkap bawah runtuhan bangunan dan jalan raya.

gaza
Serangan Israel sejak enam bulan lalu mengakibatkan 85% penduduk Gaza hilang tempat tinggal, selain berdepan sekatan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. (Gambar AP)
ANKARA:
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Dalam kenyataan, kementerian berkenaan turut memaklumkan 78,018 lagi cedera dalam serangan itu.

“Serangan Israel mengakibatkan 29 orang maut dan mencederakan 110 yang lain dalam tempoh 24 jam lepas,” lapor Agensi Anadolu yang memetik kenyataan kementerian itu.

Ramai mangsa yang masih lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat masih tidak dapat menghampiri mereka, katanya.

Serangan Israel selama lebih enam bulan mengakibatkan banyak bangunan dan kediaman musnah menyebabkan 85% daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selain menghadapi sekatan ke atas makanan, air bersih dan ubat-ubatan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.