
Agensi itu dalam laporan hariannya memaklumkan cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia, berubah-ubah daripada cerah hingga mendung dengan tiupan angin lemah dari selatan dan suhu antara 28 hingga 30 darjah Celcius.
Video dikongsi jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari menunjukkan cuaca cerah di sekitar gunung berapi itu pada 7.56 pagi waktu Indonesia Tengah.
Muhairi dalam perjalanan dari Manado ke Pulau Tagulandang, dekat Pulau Ruang di mana Gunung Ruang terletak di daerah Sitaro.
“Mudah-mudahan aktiviti gunung berapi akan berkurangan, membolehkan aktiviti masyarakat berjalan seperti biasa,” katanya sambil meminta penduduk terus berwaspada dan berada di luar radius 7km sekitar kawah Gunung Ruang.
Sementara itu, pihak pengurusan lapangan terbang melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado, 95km dari Gunung Ruang buat hari kelima berturut-turut sehingga 6 petang ini kerana abu gunung berapi.
Susulan letusan Gunung Ruang pada Selasa lalu, pihak berkuasa meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi dan memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat seperti diarahkan Presiden Joko Widodo.