Pelajar di UK pula protes perang Gaza

Pelajar di UK pula protes perang Gaza

Pelajar di Leeds, Newcastle dan Bristol mendirikan khemah di luar bangunan universiti.

Protes di UK menyusul keganasan tercetus di kampus seluruh AS. (Gambar AP/Mary Altaffer)
LONDON:
Pelajar pro-Palestin mendirikan khemah di luar bangunan universiti seluruh United Kingdom (UK) untuk membantah protes terhadap perang di Gaza.

PA Media melaporkan himpunan itu diadakan pelajar di Leeds, Newcastle dan Bristol yang turut meminta penyokong menyumbang makanan, minuman serta produk kebersihan diri.

Kumpulan pelajar di Bristol berkata, himpunan itu “sebagai membantah keterlibatan universiti terhadap tindakan pembunuhan beramai-ramai Iseral ke atas rakyat Palestin”.

Apartheid Off Campus Newcastle pula berkata, demonstrasinya untuk “menekankan strategi pelaburan institusi dan keterlibatannya atas jenayah perang Israel di Gaza dan Tebing Barat”.

Aktivis pelajar di kawasan lain mengadakan perarakan dan protes “one-off”.

Sebuah khemah di Universiti Warwick, dialihkan ke piazza bandar itu selama seminggu.

Kumpulan itu menggesa universiti mereka menjual saham dalam syarikat Israel atau memutuskan hubungan kewangan sebagai respons terhadap operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Kempen Solidariti Palestin, organisasi berpangkalan di UK yang mendakwa kumpulan British terbesar “berdedikasi untuk melindungi hak asasi manusia Palestin” menulis di X: “Hari ini, pelajar dari Leeds, Newcastle, Bristol dan Sheffield menyertai Warwick – menuntut universiti kami berhenti melabur dalam tindakan penghapusan bangsa oleh Israel!”

Imej dikongsi kumpulan itu menunjukkan kumpulan pelajar berhimpun di kampus bersama khemah dan sepanduk di kawasan terkemuka universiti.

Protes itu menyusul keganasan tercetus di kampus seluruh Amerika Syarikat (AS), paling ketara di Universiti Columbia di New York.

Keganasan turut berlaku di Universiti California (UCLA), dengan lebih 1,000 penunjuk perasaan ditahan di seluruh AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.