Pesawat kargo terhempas, 2 terbunuh di Alaska

Pesawat kargo terhempas, 2 terbunuh di Alaska

Pesawat terhempas kira-kira 11km selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.

Punca nahas pesawat kargo Douglas DC-4 yang terhempas belum dikenal pasti. (Gambar Wikipedia)
SAN FRANCISCO:
Sebuah pesawat kargo Douglas DC-4 terhempas di tengah Alaska mengakibatkan dua terbunuh, kata pihak berkuasa.

Pesawat itu berlepas pada waktu pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks dan terhempas kira-kira 11km dari sana, terbakar di bukit curam di tebing sungai dan mengeluarkan “kepulan asap yang besar” , lapor Xinhua yang memetik laporan Associated Press.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) telah menghantar penyiasat ke tapak itu, kata Ketua Pejabat Serantau NTSB di Alaska, Clint Johnson. Masih tidak jelas apa yang berlaku semasa pelepasan dan nahas, kata Johnson dipetik oleh Fox TV Digital.

Maklumat lanjut seperti tujuan dan destinasi kargo itu masih belum diperoleh. DC-4 adalah pesawat pacuan empat enjin yang bermula sejak awal 1940-an.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.