
Seorang penumpang memaklumkan pihak keselamatan berhubung kemunculan seekor ular sepanjang 40cm dalam gerabak antara laluan Nagoya dan Tokyo yang menyebabkan kelewatan selama 17 minit.
Tidak jelas sama ada reptilia itu berbisa dan bagaimana ia berada dalam gerabak, serta tiada kecederaan atau panik dalam kalangan penumpang, jurucakap Central Japan Railway Company beritahu AFP.
Penumpang Shinkansen boleh membawa bersama anjing kecil, kucing dan haiwan lain, termasuk merpati menaiki kereta api – tetapi bukannya ular.
“Sukar membayangkan ular liar menyusup ke dalam kereta api. Kami menetapkan peraturan dilarang membawa ular ke dalam Shinkansen. Tetapi, kami tidak periksa bagasi penumpang.”
Katanya, kereta api itu pada asalnya dijadualkan ke Osaka, tetapi syarikat terbabit memutuskan untuk menggunakan kereta api berbeza bagi perjalanan berkenaan yang menyebabkan kelewatan kira-kira 17 minit.
Rondaan oleh pengawal keselamatan beruniform dalam kereta api laju dipertingkatkan selepas insiden tikaman maut pada 2018 dalam Shinkansen yang mengejutkan Jepun.
Keselamatan tambahan dilaksanakan untuk Sukan Olimpik 2021 dan sidang kemuncak G7 tahun lalu.
Julung kali dilancarkan pada 1964, rangkaian Shinkansen tidak pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan penumpang cedera atau maut, menurut Japan Railways.
Kereta api itu boleh mencecah kelajuan 285km/j, dengan purata kelewatan 0.2 minit.