
Jurucakap UNHCR, Ravina Shamdasani dalam sidang akhbar di pejabat PBB di Geneva berkata, “menyelesaikan situasi bencana dialami orang awam di Gaza mesti tetap menjadi keutamaan”, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Wafa).
Israel dilaporkan terus melaksanakan sekatan haram ke atas kemasukan dan pengedaran bantuan kemanusiaan di Gaza, selain mengebom semua kawasan di Semenanjung Gaza.
“Terdapat kira-kira 1.7 juta orang kehilangan tempat tinggal secara paksa di Gaza. Orang-orang ini hidup dalam keadaan menakutkan dan di bawah ancaman berterusan,” kata Shamdasani.
Beliau menegaskan sebagai “kuasa pendudukan”, Israel mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk memulihkan ketenteraman dan keselamatan awam di Tebing Barat.