Serangan ke atas Israel: Iran laung amaran kepada AS

Serangan ke atas Israel: Iran laung amaran kepada AS

Menteri Luar Iran Abdullahian berkata serangan berupa tindak balas susulan Kedutaan Iran di Damsyik diserang rejim Israel.

Iran melancarkan siri serangan dron sasar wilayah diduduki Israel. (Gambar Reuters)
ISTANBUL:
Iran mengumumkan satu serangan dron secara komprehensif ke atas Israel.

Agensi Anadolu berkata stesen televisyen Kerajaan Iran melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan sasaran di dalam wilayah diduduki Israel beberapa minit sebelum pengumuman itu.

Sebelum ini tentera Israel telah mengumumkan serangan dron itu.

Menteri Luar Iran Abdullahian mengumumkan bahawa negaranya memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai serangannya ke atas Israel.

Dalam hantarannya di laman X , Abdullahian berkata beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Belgium, Belanda, dan Pentadbiran Greek Cyprus.

“Serangan rejim Israel ke atas Kedutaan Iran di Damsyik dan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta Konvensyen Vienna dibincangkan. Saya menyampaikan pendirian negara saya dan menegaskan amaran yang diperlukan telah disampaikan kepada AS,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga berkata serangan Israel ke atas Gaza turut dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.