
MOSCOW: Seorang terbunuh, manakala lebih 50 lagi cedera selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda pantai timur Taiwan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiwan.
Pentadbiran Gempa Bumi China melaporkan gempa berukuran 7.3 magnitud itu melanda daerah Hualien di timur Taiwan pada pagi Rabu, yang disusuli lebih 11 gegaran melebihi 4 magnitud.
Jurucakap Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa terkuat itu mempunyai berukuran 7.7 magnitud, diikuti 6.6 dan 6.3 magnitud.
Pengguna media sosial memuat naik video di aplikasi X menunjukkan beberapa bangunan di Taiwan condong dan sebahagiannya musnah.