
Schooling yang mencipta sejarah untuk republik itu dalam acara 100m kuak kupu-kupu pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kerjayanya.
“Saya sentiasa bersyukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa dalam sukan renang dalam hidup saya,” katanya dalam catatan di Facebook.
“Kemenangan itu mengujakan, kekalahan mengecewakan dan semua itu telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya.”
Schooling berkata, beliau tidak sabar untuk meneroka minat baharu dan menghadapi cabaran baharu dalam fasa seterusnya hidupnya.
“Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baharu ini,” katanya.