Myanmar serah 352 suspek kepada China

Myanmar serah 352 suspek kepada China

Dalam operasi bersama seramai 807 suspek disyaki terlibat jenayah rentas sempadan diberkas di utara Myanmar.

Seramai 352 warga China diserahkan polis Myanmar kerana dipercayai terbabit penipuan telekomunikasi rentas sempadan. (Gambar AFP)
BEIJING:
Kementerian Keselamatan Awam China berkata polis Myanmar menghantar pulang 352 warga China ke negara itu yang disyaki terlibat penipuan telekomunikasi pada 31 Mac.

Dalam operasi penguatkuasaan undang-undang bersama pertama antara polis China dan Myanmar di wilayah Muse, utara Myanmar, seramai 807 suspek yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi rentas sempadan telah ditangkap.

Daripada jumlah itu, 352 adalah warga China manakala 455 adalah warganegara Myanmar yang dikendalikan oleh polis Myanmar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.